Wednesday, November 19, 2008

Kemerdekaan


MERDEKA!! Merdeka!! Merdeka!! Begitulah laungan yang bersemangat daripada Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Rasanya teman-teman pun mengetahui Bapa Kemerdekaan ini, walaupun kita tidak pernah bersua muka dengan beliau.

Apa itu kemerdekaan?

Hari kemerdekaan adalah hari bersejarah buat rakyat Malaysia memperingati kebebasan yang Tanah Melayu miliki selepas berada di bawah pemerintahan British. Secara tidak langsung ia adalah untuk meraikan pembebasan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura daripada penjajah.

Setiap tahun kita akan menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Biasanya sambutan Hari Kebangsaan ini akan dilakukan di sekitar Dataran Merdeka, tapi sejak 2006 lalu, upacara perbarisan Hari Kebangsaan telah dipindahkan ke Medan Putra, Putrajaya.

Persembahan diadakan sementara menunggu detik 12 tengah malam. Teman-teman pernah tidak menyaksikan persembahan pada ambang Hari Kebangsaan ini? Kehangatannya semakin dirasai apabila penonton sama-sama mengira kedatangan detik 12 tengah malam, yang menandakan permulaan hari 31 Ogos. Sebaik sahaja kiraan tamat, bunga api yang berwarna-warni penuh meriah dilepaskan ke angkasa.
Merdka!!!Merdeka!!!Merdeka!!! Luv Malaysia